"Bersedia Membantu Anda"

"Bersedia Membantu Anda"

Selasa, 14 Mac 2017

Peluang Pekerjaan 2017

Mungkin ini peluang sekali dalam seumur hidup anda!

Kami membuka peluang pekerjaan kepada golongan siswazah yang berminat mendalami bidang bekam dan urutan tradisional di samping dapat belajar ilmu pengurusan bisnes, kewangan dan hartanah.

Jawatan yang dibuka adalah jurubekam dan tukang urut refleksologi bagi lelaki dan wanita. Tiada pengalaman berkaitan juga boleh turut memohon. Yang penting anda mahu belajar dan jelas dengan matlamat dan cita - cita hidup.

Jangan lepaskan peluang ini untuk bekerja tetap di samping belajar dan menimba pengalaman kerana peluang sebegini jarang - jarang dikongsikan oleh majikan yang mementingkan keuntungan semata - mata. Pembangun bisnes adalah terdiri daripada golongan profesional daripada bidang perubatan, hartanah, perniagaan dan kewangan.

Apa yang kami kongsikan adalah pembangunan modal insan dalam satu tempoh yang lama yang memerlukan sedikit pengorbanan dari pihak anda daripada terus terjerumus di dalam skim - skim cepat kaya atau MLM yang menjanjikan pulangan dalam masa yang singkat.

Banyak program - program dan seminar - seminar di luar sana yang menelan kos belanja hingga ribuan ringgit. Di sini, anda akan bekerja makan gaji di samping belajar menerusi latihan yang berterusan dari pihak pengurusan bukan sahaja dari segi aspek rawatan alternatif, malahan berkenaan ilmu pengurusan perniagaan, hartanah dan juga kewangan.

Ilmu yang bakal anda dapati ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan selagi mana anda menunjukkan minat yang mendalam dan bersungguh - sungguh dalam mengubah nasib diri dan keluarga.

Kami memerlukan orang yang boleh bekerjasama dalam kumpulan dan mendengar arahan pihak pengurusan selama tempoh pembelajaran berlangsung. Perangkaan untuk pembangunan kerjaya (career development) turut disediakan di samping potensi untuk menjadi rakan usahasama bisnes (business partner) turut ditawarkan bagi mereka yang layak di masa akan datang.

Hubungi kami dengan segera kerana jawatan yang ditawarkan adalah terhad dan terbuka sehingga 18hb Mac 2017 ini sahaja. Sila war - warkan kepada keluarga, sahabat dan kenalan anda yang sedang mencari pekerjaan ketika ini, terima kasih.

Selasa, 28 Februari 2017

Penutupan Premis 1 - 5 Mac 2017

Notis Penutupan Sementara

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Terapi Bekam Al – Azhari akan ditutup untuk sementara waktu untuk sesi penambahbaikan premis perniagaan berkuatkuasa pada hari Rabu, 1hb Mac 2017 hingga hari Ahad, 5hb Mac 2017.

Sehubungan itu, pihak pengurusan ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Segala pertanyaan dan temujanji lanjutan boleh hubungi pihak pengurusan di talian 016-2279774, terima kasih.

Selasa, 14 Februari 2017

Google My Business & Google Maps

Alhamdulillah, kami telah mendapat kod verifikasi dari pihak Google untuk Google My Business semalam.

Untuk pengetahuan tuan2 puan2, Pusat Terapi Bekam Al - Azhari sudah boleh dijejaki menggunakan apps Google Maps.


Khamis, 9 Februari 2017

Promosi Februari 2017

Untuk promosi pada bulan Februari, kami menawarkan:

Bekam 20 cup 

Harga asal: RM140.00
Harga 2017: RM125.00

Harga promosi Februari: RM100.00 sahaja!

Ya, bekam 20 cup pada bulan ini hanya RM100.00 sahaja. Hubungi 016-2279774 untuk pertanyaan lanjut.

Pakej Rawatan

Berikut merupakan pakej - pakej rawatan yang ditawarkan sepanjang tahun 2017:

Pakej Rawatan Terapi Bekam 2017

1. Bekam 1 Cup
Harga: RM7.00 (Harga pasaran RM10 - RM15)

2. Bekam Kepala 2 Cup
Harga: RM14.00

3. Bekam Lutut 4 Cup
Harga: RM27.00 (Harga asal RM28)

4. Bekam Muka 5 Cup
Harga: RM33.00 (Harga asal RM35)

5. Bekam Bahu 7 Cup
Harga: RM54.00 (Harga asal RM49)

6. Bekam Sunnah 11 Cup
Harga: RM70.00 (Harga asal RM77)

7. Bekam Belakang 20 Cup
Harga: RM125.00 (Harga asal RM140)

*Juga terdapat rawatan bekam bagi penyakit gout, resdung dan kencing manis.

Pakej Rawatan Terapi Urutan 2017

1. Urutan Refleksologi
Harga: RM30.00 (Harga asal RM50)

2. Urutan Seluruh Badan
Harga: RM70.00 (Harga asal RM100)

3. Urutan Tenaga Batin
Harga: RM100.00 (Harga asal RM150)

*Juga terdapat rawatan urutan bagi ibu mengandung dan ibu bersalin (temujanji sahaja).

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Al Hijamah Centre (SA 0365380-M) merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal (sole proprietorship enterprise) berurusniaga tentang perkhidmatan terapi bekam, refleksologi dan urutan tradisional kepada golongan lelaki dan wanita. 

Dikenali dengan nama Pusat Terapi Bekam Al - Azhari, premis ini beralamat di Kedai 1C, Lot 2452 Di Lorong Kemuning, Batu 17 Kuang, 48050 Rawang, Selangor.  Perniagaan ini turut merangkumi jualbeli peralatan bekam serta makanan tambahan yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan utama.

Kami memiliki 2 orang staf sepenuh masa masing - masing lelaki dan wanita dan 2 orang staf separuh masa. Staf adalah berkelayakan dalam bidang terapi bekam dan urutan. 

Waktu perniagaan adalah dari jam 9.30 pagi hingga jam 9.30 malam. Premis adalah dibuka setiap hari kecuali cuti umum yang diberi notis awal pihak pengurusan.

Pakej - pakej rawatan yang ditawarkan adalah bekam, refleksologi dan urutan tradisional. Untuk maklumat lanjut sila rujuk post berikutnya bertajuk 'Pakej Rawatan'.

Salam hormat.